Tokoh Liberal Indonesia H. Munawir Sjadzali & Pendekatan Hermeneutik dalam Tafsir
Abstract
Islam Liberal adalah satu bentuk pemikiran baru yang dianuti sebahagian besar cendekiawan muslim khususnya yang berlatar belakang pendidikan barat. Penyebaran fahaman Islam liberal ini telah tersebar luas di kalangan cendekiawan muslim Indonesia. Bagi golongan ini agama hendaklah ditundukkan kepada waqi' (realiti) semasa. Penyebar fahaman liberal ini di Indonesia adalah satu jaringan organisasi yang disebut dengan "Jaringan Islam Liberal (JIL). Jaringan Islam Liberal (JIL) berdiri rasmi pada tanggal 8 Mac 2001. Tujuan JIL adalah melawan segala bentuk fundamentalisme dan radikalisme agama. Golongan ini menggunakan metod pentafsiran Al-Quran yang berbeza dengan metod pentafsiran ulama-ulama tafsir sebelumnya dengan menggunakan kaedah Hermeneutika. Hermeneutika adalah merupakan alat yang diguna pakai terhadap teks dalam menganalisis dan memahami maksud teks serta menampakkan nilai yang terkandung di dalamnya. Penelitian kajian ini akhirnya mendapati kaedah Hermeneutika boleh mendekonstruksi (merubah) syariat agama Islam misalnya dengan mengatakan Al-Quran adalah produk budaya, finalitas kenabian Muhammad Saw perlu ditinjau kembali dan lain lain yang sangat menyimpang jauh dari keyakinan Ahli Sunnah wal Jamaah. Peranan Hermeneutika adalah untuk menyingkirkan ilmu alat yang selama ini dipakai dan disepakati ulama tafsir dalam mentafsirkan al-Quran seperti Usul al- Tafsir dan Ulum al-Quran dan beberapa ilmu lain yang telah lama dipakai dalam tradisi Islam. Salah satu tokoh cendekiawan Indonesia yang menggunakan kaedah Hermeneutika dalam pentafsiran ayat al Quran adalah H. Munawir Sjadzali.
Keywords
Full Text:
PDFReferences
Artawijaya. Indonesia Tanpa Liberal. 1st ed. Jakarta: Pustaka Al-Kautsar, 2012.
Bakar, Ahmad Yumni Abu, dan Mohd Fairuz Jamaluddin. Menjawab Islam Liberal. Selangor: PTS Islamika Sdn. Bhd, 2014.
Hasanah, Faizatul, Husin, dan Muhammad Nasir. “Membumikan Al-Qur’an dan Sholawat (Studi Kasus Orang Tua Usia Lanjut Desa Hambuku Hulu).” PROCEEDING The 3rd ICDIS 2021, 2021.
Muammar, Khalif. Atas Nama Kebenaran. 2nd ed. Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM, 2009.
Mustaqim, Abdul, dan Sahiron Syamsudin. Studi Al-Quran Kontemporer. 1st ed. Yogyakarta: Tiara Wacana Yogya, 2002.
Nor, Riduan Mohamad, dan Ahmad Adnan Fadhil. Islam Liberal dan Pluralisme Agama. 2nd ed. Selangor: Jundi Resources, 2009.
Salim, Fahmi. Tafsir Sesat. Jakarta: Penerbit Gema Insani, 2013.
Shihab, M. Quraish. Kaidah Tafsir. 3rd ed. Jakarta: Penerbit Lentera Hati, 2015.
Zuhaili, Wahbah al-. Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. 4th ed. Vol. 10. Damascus: Dar al-Fikr, 2004.
DOI: http://dx.doi.org/10.35931/aq.v18i6.4228
Refbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2024 Ali Akbar Bin Sutan Saidi, Haziyah Hussin, Ahmad Fakhrurrazi, Mohd Nazri
Al Qalam: Jurnal Ilmiah Keagamaan dan Kemasyarakatan
index by:
Publish by:
Sekolah Tinggi Ilmu Al-Qur'an Amuntai
Contact us:
Address: Jl. Rakha Pakapuran, Amuntai Utara
Kabupaten : Hulu Sungai Utara
Kode Pos : 71471
Provinsi : Kalimantan Selatan
Telephone : 085251613000
Email: hafizhihusinsungkar@gmail.com
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.